STARTUP NEWS ASIA

Boosting the signal on Asia's tech news

Indo-Pacific tech, February 2024
Asia tech newsletters
SharePass digital security

in Bahasa Melayu

Berita syarikat permulaan teknologi di Asia

Matlamat kami mudah:

Untuk menyampaikan liputan harian berita syarikat permulaan (startup) dari Asia Tenggara dan Selatan, Australia dan New Zealand, dengan menumpukan kepada perkembangan teknologi
di 17 buah negara.

Terdapat pelbagai bahagian untuk Startup News Asia :

1) Berita startup harian

2) Ringkasan berita bulanan

Baca koleksi berita bulanan untuk 17 buah negara di laman web Startup News Asia.

3) Berita teknologi suku tahun

Anda boleh menempah koleksi 90-halaman berita 3 bulan terakhir sebagai penerbitan bercetak.

Dan anda turut boleh membaca berita suku tahun untuk setiap negara di laman web Startup News Asia.

4) Berita Startup – koleksi tahunan

Kami menghasilkan koleksi tahunan berita startup di Asia sebagai penerbitan rujukan, yang anda boleh pesan untuk cetakan.

Negara yang kami buat liputan

Buat masa ini, kami mengumpulkan berita merentasi 17 buah negara di rantau Asia Pasifik .

Tidak syak lagi, sesetengah negara lebih aktif dalam teknologi berbanding yang lain; dan kami kini menghadkan kepada laporan berita dalam bahasa Inggeris, bukan bahasa ibunda di setiap negara.

  1. Australia
  2. Kemboja
  3. China
  4. Hong Kong
  5. India
  6. Indonesia
  7. Jepun
  8. Korea Selatan
  9. Malaysia
  10. Myanmar
  11. New Zealand
  12. Filipina
  13. Singapura
  14. Sri Lanka
  15. Taiwan
  16. Thailand
  17. Vietnam

Perkembangan 2019

Tahun ini kami melancarkan 2 tambahan utama kepada aktiviti berita dan penerbitan kandungan kami.

Buat seketika, ia akan kekal sebagai aktiviti Startup News Asia , namun ia akan menjadi saluran berasingan di kemudian hari.

1) Platform Penerbitan

Platform ini membolehkan anda membuat penerbitan yang boleh anda cetak, menghubungkan setiap artikel ke sumber dalam talian bagi mendapat maklumat lanjut.

Platform ini memberi tumpuan kepada berita, tetapi sebarang perkara dalam talian boleh digunakan – blog , video, kedai dalam talian dan lain-lainPengguna yang tentukan.

Oleh kerana kami menyediakan sambungan dari cetakan ke web, anda boleh mengetahui apa pembaca anda gemari – bermakna anda memberi pembaca anda apa yang mereka ingini, serta mencari pengiklan yang tepat.

2) Aplikasi mudah alih – Android

Aplikasi ini menyampaikan berita kami ke telefon anda supaya anda tidak perlu melawat pelbagai laman berita atau saluran media sosial.
Aplikasi ini menyimpan senarai apa yang anda sudah baca agar anda boleh membacanya semula kemudian, atau berkongsi dengan rakan sepejabat dan sahabat anda. Anda juga boleh berkongsi berita ke platform media sosial kegemaran anda.

Aplikasi ini adalah sebahagian daripada projek penerbitan kami yang besar dan turut mempunyai pengimbas kod QR untuk digunakan dengan berita cetakan kami.

Siapa yang menguruskan Startup News Asia ?

Nama saya Wade Wright.

Saya telah bekerja di organisasi kerajaan, komersil serta organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menghasilkan laman web dan projek percetakan di seluruh Asia, Australia dan United Kingdom.

Matlamat saya adalah untuk kembali ke Asia, sama ada bagi membina perniagaan platform penerbitan dengan bantuan program inkubator, atau sebagai profesional dengan syarikat yang boleh dipercayai.

Untuk maklumat lanjut,

Malay Translation service

This translation from English to Bahasa Melayu was delivered by narapidana, via Fiverr.

He can translate from English to Bahasa Melayu, or from Bahasa Melayu to English, whichever you require.  He also provides video voiceovers and more.

Critical technologies, Quarterly - Q4 2023

© 2024 STARTUP NEWS ASIA by Wade K Wright / Asia's tech news weekly

Theme by Anders Norén